Intisai Ucapan YB Wong Hon Wai,
ADUN Air Itam, dalam majlis “A night at Museum” pada 11-4-2014
Saya mendapati idea “A night at
museum” apabila saya mengunjungi Freemantle Art Center, dekat Perth, Australia
pada Jun 2013. FAC adalah bekas hospital
penyakit mental, dengan koridor yang panjang dengan bilik-bilik kecil.
Freemantle Art Center menonjolkan kekuatan sejarah bangunannya dan menganjurkan
pameran “Mad about Art”.
Waktu itu, saya fikir tentang No.57,
Macalister Road. Bagaimana kita menonjolkan kekuatan bangunan ini yang
mempunyai sejarah 99 tahun sebagai bekas maternity hospital yang menyaksikan
kelahiran melebihi 60,000 bayi di Pulau Pinang. Begitu juga dengan menyaksikan
kematian.
No57, Macalister dirasmikan pada 13
September 1915. Tahun depan 100 tahun anniversary.
Ia melalui zaman sebagai maternity
hospital, Naval Hospital semasa penaklukan Jepun, dan selepas Perang Dunia
sambung balik sebagai maternity hospital sehingga 1955.
Selepas itu, bangunan ini digunakan
oleh St John’s Ambulance dan Red Crescent Society dan NGO sebagai pejabat.
Pada 20-9- 2010, Muzium Pulau Pinang
berjaya menyakinkan MPPP untuk menandatangani perjanjian sewa selama 30 tahun
iaitu sehingga 2040 sebagai muzium.
Major achievement muzium dan balai seni lukis dari tahun 2009-2014
1.
Menandatangani
perjanjian lease selama 30 tahun menggunakan No.57 Jalan Macalister sebagai
muzium. Perjanjian ditandatangani pada 20-9-2010 sehingga tahun 2040. Iaitu
menambahkan premis ketiga iaitu selepas premis pertama di Lebuh Farquhar,
premis kedua di Dewan Sri Pinang.
2.
Koleksi
Tetap Balai Seni Lukis Pulau Pinang mencapai tahap tertinggi pada 2011 dengan
koleksi 578 buah lukisan dimana melebihi 53% iaitu 310 buah lukisan diperolehi
antara tahun 2010 dan 2011.
3.
Memperkukuhkan
sayap penerbitan dengan penerbitan pelbagai buku dan laporan. Laporan tahunan
diterbitkan semula pada tahun 2010, 2011 dan 2012 selepas kali terakhir
penerbitan 17 tahun lalu pada tahun 1993.
4.
Majlis
sambutan Penubuhan Ulang Tahun ke46 dianjurkan pada April 2011 dan merupakan
kali pertama Muzium menyambut penubuhannya sejak ia beroperasi pada 1965.
5.
Pelbagai
pameran dan aktiviti di Lembaga Muzium dan Balai Seni Lukis sehingga ruang
pameran dan jadual pameran penuh sepanjang tahun.
Tempoh saya sebagai Pengerusi Muzium
telah tamat pada 31-3-2014. Saya telah mulai menjadi Pengerusi Lembaga Muzium
sejak 3 Jun 2009 sehingga 31-3-2014 iaitu 5 tahun. Saya merupakan Pengerusi
Ke-6 Lembaga Muzium
Sebelum ini, Senarai pengerusi
1.
Capt
Dato Haji Mohamed Noor bin Mohamad (1973-1990)
2.
Y
Bhg Dato Seri Nazir Ariff (1990 -2006)
3.
Y
Bhg Dato Haji Daud Taha (2006-2008)
4.
YB
Syed Ameruddin bin Dato Syed Ahmad (15 Jan 2008-8 March 2008)
5.
YB
Danny Law Heng Kiang (2 Mei 2008-2 Jun 2009)
6.
YB
Wong Hon Wai (3 Jun 2009 – 31- March 2014)
Saya harap Lembaga Muzium dan Balai
Seni Lukis akan terus berkembang di bawah pimpinan baru. Tahun 2015 merupakan double celebration untuk
Muzium kerana 50 tahun penubuhan muzium dan 100 tahun untuk bangunan No57
Macalister. Saya percaya Lembaga Muzium akan mengadakan pelbagai program untuk
double celebration ini.
Saya harap program “A night at
Museum” yang pertama kali diadakan boleh menarik minat orang ramai terhadap
bangunan warisan kita di samping merapatkan pemahaman dan penghayatan tentang
sejarah.
Sekian.
No comments:
Post a Comment